Sabtu, 26 April 2008

Selamat Jalan

Keseronokkan menaiki motorsikal merupakan satu pengalaman yang sukar digambarkan. Pertama kali menaiki motorsikal semasa itu umur aku masih lagi sekolah rendah, darjah empat. Masa itu aku adalah penungang haram. Sebagai penungang atau pembonceng motorsikal, adalah wajar atau secara etikanya perlulah mempunyai lesen yang sah. Walaupun kita mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menaiki motorsikal tetapi kita masih lagi kurang tahu tentang undang-undang atau peraturan di jalanraya selagimana kita masih lagi tidak tahu tentang undang-undang maka kita adalah penungang yang berbahaya. Sebenarnya melahirkan penungang motorsikal yang celik peraturan merupakan satu halangan dan sukar untuk diperjelaskan. Adakah ia faktor manusia atau keadaan dan persekitaran, sama-sama kita fikirkan.

Pada masa kini dilihat statistik kemalangan melibatkan penunggang motorsikal amat tinggi. Dilihat statistik yang di keluarkan oleh PDRM mengikut Perangkaan Kematian Jalan Raya Bagi Tahun 2006 Hingga 2007 ( Jan - Sep ) seramai 2476 orang, ia merupakan kematian yang tertinggi berbanding dengan pemandu kenderaan yang lain. Kemalangan motorsikal dimana-mana pun merupakan satu isu yang besar. Kalau lihat pada statistik negara Amerika, kemalangan motorsikal yang melibatkan kematian adalah tinggi . Jadi ia adalah satu masalah global.


Sememangnya ciri-ciri keselamatan motorsikal berbanding dengan kereta atau yang lebih tinggi tarafnya adalah lebih baik. Tetapi kita sebagai penungang motorsikal perlu berfikir secara bijak dan bestari dalam merealisasikan keselamatan diri kita di tahap yang terbaik. Penungang Bestari Mampu Menjadikan Kita Bebas Dari Statsitik Kemalangan.

Rabu, 23 April 2008

Bangi Seremban Satu Perjalanan



S
eperti orang lain, bekerja menjadi rutin harian hidup ku. Perjalanan ke tempat kerja banyak di habiskan di jalanraya. Jurnal Seremban ke Bangi merupakan perjalanan harian ke tempat kerja. Setiap hari ada saja pengalaman yang akan ditimba. Di sini aku berikan beberapa fakta mengenai perjalanan ke tempat kerja ku yang berada di Bangi. Perjalanan seharian ku menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dari Seremban(218) ke Putra Mahkota(213). Perjalanan memakan masa lebih dari 30 minit, perjalanan sejauh 32 km. Kenderaan yang aku gunakan motorsikal HONDA WAVE 125 dan kadangkala PROTON WAJA 1.6. Menaiki motorsikal merupakan alternatif yang terbaik jika mahu mengelakkan tol. Penggunaan minyak juga dapat dikurangkan secara efektif. Jika mahu lebih keselesaan maka menaiki kereta adalah jawapannya, tapi ada kos-kos yang perlu ditanggung. Kos tol yang akan di kenakan untuk perjalanan aku adalah rm3.70 sehala, jika pergi dan balik maka anda perlu mengeluarkan kos sebanyak rm7.40. Penggunaan minyak pula untuk perjalanan pergi balik menggunakan kereta pula lebih rm14 sehari, berbanding jika anda naik motorsikal, anggaran dalam rm3.00. Pada hidup masa sekarang ini, kos menjadi lebih penting untuk difikirkan, kadangkala keselamatan menjadi nombor dua. Dalam jurnal perjalanan aku ini, aku cuba akan memberikan beberapa nasihat keselamatan berdasarkan pengalaman aku.

Selasa, 22 April 2008

Salam Kembara

Menempuh sebuah perjalanan yang setiap hari akan dilalui, jurnal ini merupakan idea-idea sampingan dalam memperindahkan sesebuah kenangan yang takkan kita lupakan. Perjalanan Dari Seremban Ke Bangi merupakan perjalanan yang merentasi dua negeri yang berjiran. Ia merupakan dua lokasi yang aku selalu tempuhi dalam mencari rezeki. Perjalanan yang kadang-kadang amat membosankan tapi banyak yang aku dapat.

Oleh kerana setiap perjalanan pasti ada cerita yang ingin di kongsi bersama. Kenangan terindah dan juga kenangan tak indah dapat dikongsi bersama, kemalangan yang setiap hari berlaku di depan mata, perubahan dalam perjalanan ini dan juga kisah-kisah sedih, duka, lucu dan sebagainya akan menjadi tumpuan dalam jurnal ini. Bukan hanya melalui kata-kata dan tulisan tetapi melalui gambaran imej. Semoga jurnal ini berguna bagi saya dan rakan-rakan lain dalam mengingati sesuatu yang kita telah lupai.