Rabu, 23 April 2008
Bangi Seremban Satu Perjalanan
Seperti orang lain, bekerja menjadi rutin harian hidup ku. Perjalanan ke tempat kerja banyak di habiskan di jalanraya. Jurnal Seremban ke Bangi merupakan perjalanan harian ke tempat kerja. Setiap hari ada saja pengalaman yang akan ditimba. Di sini aku berikan beberapa fakta mengenai perjalanan ke tempat kerja ku yang berada di Bangi. Perjalanan seharian ku menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dari Seremban(218) ke Putra Mahkota(213). Perjalanan memakan masa lebih dari 30 minit, perjalanan sejauh 32 km. Kenderaan yang aku gunakan motorsikal HONDA WAVE 125 dan kadangkala PROTON WAJA 1.6. Menaiki motorsikal merupakan alternatif yang terbaik jika mahu mengelakkan tol. Penggunaan minyak juga dapat dikurangkan secara efektif. Jika mahu lebih keselesaan maka menaiki kereta adalah jawapannya, tapi ada kos-kos yang perlu ditanggung. Kos tol yang akan di kenakan untuk perjalanan aku adalah rm3.70 sehala, jika pergi dan balik maka anda perlu mengeluarkan kos sebanyak rm7.40. Penggunaan minyak pula untuk perjalanan pergi balik menggunakan kereta pula lebih rm14 sehari, berbanding jika anda naik motorsikal, anggaran dalam rm3.00. Pada hidup masa sekarang ini, kos menjadi lebih penting untuk difikirkan, kadangkala keselamatan menjadi nombor dua. Dalam jurnal perjalanan aku ini, aku cuba akan memberikan beberapa nasihat keselamatan berdasarkan pengalaman aku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan