Jumaat, 12 September 2008
Perjalanan Itu
Rasanya telah lama aku tidak mencoretkan sesuatu ini dalam blog perjalanan aku dari seremban ke bangi. Mungkin aku masih tidak mencukupi bahan bagi melihat atau mencari idea atau sesuatu yang boleh aku kongsikan bersama secara imperikal. Sememangnya dalam hati ini memang teringin untuk menulis sesuatu dalam blog ini. ketiadaan masa atau halangan masa menjadi penghambat semua itu. Sebenarnya banyak yang berlaku semasa ketiadaan aku menulis sesuatu di blog ni. Banyak perkara yang telah berlaku ia sebenarnya boleh menjadi aspek yang terpenting dalam blog ni. Adakah juga kerana terlalu banyak blog yang aku ada sehingga tidak dapat menfokuskan mana satu yang perlu aku dahulukan. Kali ini aku cuba bertekad untuk menumpukan pada blog ni sahaja. Sebenarnya bila aku menulis blog ni. Ia seperti lari dari kepakaran aku. tapi apa salahnya melihat sesuatu dari sudut kepakaran yang sama.
Gambar di atas itu merupakan gambar yang aku ambil dengan HP aku P990i. Di situlah tempat keluar ku dari lebuhraya menuju ker tempat kerja ku (EXIT putra mahkota). Selama lapan bulan aku pergi kerja dari seremban ke bangi yang selalunya aku naik motorsikal, sekarang sudah rasa badan ku sakit-sakit. Bayangkanlah selama empat puluh minit aku merempit pada kadar 90 - 100 km/j. Semua badan bergoyang, bukan seperti di urut oleh kerusi OSIM, Cann atau sewaktu dengannya. Tapi apa boleh buat! tunggu tol dan minyak turun la. Sekarang seawal pukul lapan, kebanyakkan kenderaan yang berada di garisan kecemasan lebuh raya adalah motor-motorsikal yang hendak kerja menuju ke Kuala Lumpur. EXIT aku biasanya motor aku jer. Aku melihat kini semua telah bertukar kepada motorsikal. banyak motorsikal baru, plat-plat pun nampak baru, tidak kira W ker N ker B ker semua sudah baru. Baru beli agaknya, semenjak minyak naik harga. Minyak-minyak bila la nak turun lagi ni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan