Isnin, 15 September 2008

Berpuasa di Di Jalanan

Gambar diatas merupakan kejadian kemalangan motorsikal yang hanya ada motorsikalnya sahaja, penunggang mungkin di rumah, di hospital atau sudah tiada, ini merupakan simpang masuk ke lebuhraya menuju ke bangi dari seremban.

Rerasanya dah dua minggu kita berpuasa, semakin hari kita berpuasa kadar kelaparan di perut ni dapat kita seimbangkan secara baiknya, lapar tidak kenyang jangan cakaplah (siapa yang kenyang x puasa la dia). Menempuh perjalanan selama dua minggu ini dari seremban ker bangi alhamdullilah tiada masalah lagi, semua berjalan dengan baik. Walaupun kadang-kadang kesian melihat penungang motorsikal yang tayarnya bocor atau kegagalan menghidupkan enjin, aku mahu sahaja menolong, tetapi banyak faktor yang terpaksa aku melupakannya. kerana aku tak ada kemahiran dan alatan yang boleh menolong mereka. Jadi terpaksalah mereka ini semua menapak keluar dari lebuhraya. Apa yang amat merisaukan atau menjadi satu halangan atau menjadi bebanan yang amat menyukarkan apabila motorsikal anda rosak di perjalanan antara selepas EXIT nilai ke selatan atau dari EXIT seremban/labu ke utara. Kerana diantara kedua-dua EXIT ini tiada lagi EXIT sepanjang 22.5 km. Boleh buka puasa jawabnya jika dah tak tertahan. Walaupun terdapat perkhidmatan tukar tiub "haram" di sepanjang perjalanan itu, tapi amat mahal lebih berkali-kali ganda kadangkala tukar tiub mencecah 70 ringgit yang sebelum ni tiub itu sahaja hanya 10 ringgit sahaja.

Nasihat orang-orang ramai supaya membeli tiub dan menyimpan dan membawa semasa perjalanan dan sediakan semua alatan bagi menukar tiub itu sendiri. Ok bagi aku, tapi aku bukan pandai sangat nak menukarnya. Jadi aku gunakan alternatif mengunakan tayar tanpa tiub (tubeless) dan membeli sekali cecair anti bocor, jadi bila terkena paku atau bocor aku masih boleh meneruskan perjalanan. Ianya amat berbaloi, semenjak menggunakannya tiada lagi masalah tayar bocor.

Tiada ulasan: