Isnin, 24 November 2008

Perjalanan Kini


Dah berbulan-bulan barulah aku nak kemaskinikan kembali blog aku ini. Kadangkala memang membosankan. Perjalanan dalam bulan selepas raya dari oktober ke november ini, dua kejadian kemalangan maut yang aku nampak dengan mata sendiri. Semuanya melibatkan motorsikal. Dua maut. Kemalangan-kemalangan kecil memanglah bertimbun-timbun, dari terlanggar belakang, mengelak kereta masuk ke gaung. Kebanyakkannya melibat lori melebihi 5 tan. Walaupun sepanjang lebuhraya plus dari sg besi ke seremban di limpahi lampu jalan yang baru-baru, tapi kemalangan tetap ada. orang kata kawasan plus berbahaya. Sebelum ini juga pernah dengar cerita dari kawan-kawan seperjuangan (naik motor pergi kerja ke KL). Abang ni dah 24 tahun naik motor ke KL, kerja di rapidKL. Dengar cerita dia memang best dan mengancam. Boleh tak tidur malam lah. Semua jenis kemalangan dia cerita. Masa tu tengah hujan lebat. tu yang dengar dia cerita tu. ok juga jadikan pengajaran. Dalam bulan november ni aku balik pukul 6 keatas memang banyak kerja so apa boleh buat.


Menungang waktu malam ni memang bahaya. So memang baju pantul cahaya tu aku dah beli siap-siap. Menghindari kemalangan tu kan lebih baik. Walaupun minyak dah turun rm2.00 tapi aku tetap naik motor, lebih berjimatlah katakan. Lebih berjimat banyak faedahnya. Jadi kali ini aku berazam cuba untuk kemaskinikan blog aku sebaik mungkin. Gambar-gambar iringan juga diselitkan juga.

Tiada ulasan: