Rabu, 10 Disember 2008

Misteri 270

Kesan Kemalangan di km270 (Maut Di Timpa Lori Suami)

Hari ini baru masuk kerja selepas empat hari bercuti Aidul Adha, walaupun tak ramai yang masuk kerja hari ini. Keadaan memang sunyi dan sepi, seperti hari cuti seKUIS.

Semalam bila pagi-pagi beli akhbar BERITA HARIAN, selak punya selak, jumpa dua buah kemalangan yang berlaku di seremban, salah satunya adalah di kilometer 270 ke arah utara, seorang terbunuh akibat dihempap oleh lori yang dibawa oleh suaminya. Kemalangan berlaku lebih kurang pukul 5 pagi. Mangsa dikenali Lim Ah Shauk, 50, menemani suaminya, Lee Yok Ping, 56, menghantar telur ayam dari Muar, Johor ke Kuala Lumpur. Kemalangan di sebabkan lori tersebut mengelak dari serpihan kemalangan di hadapannya.

Baru minggu lepas kemalangan yang merangut dua nyawa kini satu lagi korban di tempat yang sama berlaku. Apa ada di kilometer 270 tersebut. Hasil carian aku di internet sememangnya jalan tersebut merupakan kawasan yang sering berlakunya kemalangan. Di kawasan itu juga di tempatkan menara pemerhati polis dan juga perangkap laju. Jadi hati-hati bila memandu di situ.

Kawasan itu juga dilihat berhampiran dengan R&R seremban, berkemungkinan ada kenderaan yang tergesa-gesa atau tidak memberikan signal sebelum masuk ke lorong kiri untuk ke R&R tersebut. Ada juga yang mengatakan bahawa laluan 270 itu adalah "laluan maut". Dari pemerhatian saya laluannya agak curam, sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya termasuk memandu melebihi had kelajuan. Bukan itu sahaja yang menyebabkan berlakunya kemalangan, tetapi sebab utama adalah seperti sikap pemandu, memandu terlalu rapat, memotong di sebelah kiri jalan serta memandu laju dalam hujan lebat menyebabkan kenderaan mudah terbabas. Kenderaan berat seperti bas dan lori yang memotong di tengah laluan juga amat membahayakan kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya lain, terutama pengguna kenderaan ringan.

Antara kemalangan yang berlaku di kilometer 270 arah utara dan selatan seperti atlet takraw Selangor yang muncul juara regu semasa kejohanan Sukan Malaysia Ke-12 di Terengganu maut dalam kemalangan di Kilometer 270, Muhammad Khaikal Ithin, 20, mati di tempat kejadian apabila gagal mengawal motosikal lalu merempuh belakang sebuah lori di tempat kejadian. Jangan jadikan diri kita mangsa seterusnya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam... sir ni jaslan.. kenal lg tak? Meh ler tgk sy kat:
http://jaslanishak.blogspot.com/