Khamis, 4 Disember 2008

Perasaan

Semalam perjalanan aku dengan kereta, pagi semalam juga hantar isteri flight ke Alor Star ada bengkel bersama UUM, Pagi pukul 5.00 tadi juga ambil isteri dari flight. Apapun perjalanan ke tempat kerja tetap pukul 8.00 pagi. Lepas Raya Haji ini pulak terbang ke Langkawi makan angin. Banyak betul berjalan, walaupun aku setiap hari berjalan-jalan.

Semalam memang ada kejadian yang aku perlu rakamkan. Tapi kerana menaiki kereta, jadi adalah menjadi satu masalah yang besar untuk mengambil gambar. Kebakaran padang rumput atau belukar berlaku di Bukit Mahkota dan boleh nampak dari EXIT PLUS Putra Mahkota ke arah selatan. Kebakaran dianggarkan seluas 1km persegi. Mungkin cuaca panas sekarang ni. Jarang hujan pula dalam minggu ini.

Apa kaitan dengan tajuk posting di atas tu? Semalam sewaktu balik dan pergi pejabat tiada perasaan macam ini. Tapi bila pagi tadi naik motorsikal ke pejabat aku rasa sesuatu bila melalui jalan kemalangan semalam, walauapapun itulah perasaan, permainan jiwa, bukan rasa takut atau sedih tapi rasa sesuatu yang tak boleh diungkap. OKlah tidak lama lagi Aidil Adha, jadi pandu cermat di mana anda berada, jangan anda jadi korban seterusnya.

Tiada ulasan: