Rabu, 10 Disember 2008

Misteri 270

Kesan Kemalangan di km270 (Maut Di Timpa Lori Suami)

Hari ini baru masuk kerja selepas empat hari bercuti Aidul Adha, walaupun tak ramai yang masuk kerja hari ini. Keadaan memang sunyi dan sepi, seperti hari cuti seKUIS.

Semalam bila pagi-pagi beli akhbar BERITA HARIAN, selak punya selak, jumpa dua buah kemalangan yang berlaku di seremban, salah satunya adalah di kilometer 270 ke arah utara, seorang terbunuh akibat dihempap oleh lori yang dibawa oleh suaminya. Kemalangan berlaku lebih kurang pukul 5 pagi. Mangsa dikenali Lim Ah Shauk, 50, menemani suaminya, Lee Yok Ping, 56, menghantar telur ayam dari Muar, Johor ke Kuala Lumpur. Kemalangan di sebabkan lori tersebut mengelak dari serpihan kemalangan di hadapannya.

Baru minggu lepas kemalangan yang merangut dua nyawa kini satu lagi korban di tempat yang sama berlaku. Apa ada di kilometer 270 tersebut. Hasil carian aku di internet sememangnya jalan tersebut merupakan kawasan yang sering berlakunya kemalangan. Di kawasan itu juga di tempatkan menara pemerhati polis dan juga perangkap laju. Jadi hati-hati bila memandu di situ.

Kawasan itu juga dilihat berhampiran dengan R&R seremban, berkemungkinan ada kenderaan yang tergesa-gesa atau tidak memberikan signal sebelum masuk ke lorong kiri untuk ke R&R tersebut. Ada juga yang mengatakan bahawa laluan 270 itu adalah "laluan maut". Dari pemerhatian saya laluannya agak curam, sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya termasuk memandu melebihi had kelajuan. Bukan itu sahaja yang menyebabkan berlakunya kemalangan, tetapi sebab utama adalah seperti sikap pemandu, memandu terlalu rapat, memotong di sebelah kiri jalan serta memandu laju dalam hujan lebat menyebabkan kenderaan mudah terbabas. Kenderaan berat seperti bas dan lori yang memotong di tengah laluan juga amat membahayakan kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya lain, terutama pengguna kenderaan ringan.

Antara kemalangan yang berlaku di kilometer 270 arah utara dan selatan seperti atlet takraw Selangor yang muncul juara regu semasa kejohanan Sukan Malaysia Ke-12 di Terengganu maut dalam kemalangan di Kilometer 270, Muhammad Khaikal Ithin, 20, mati di tempat kejadian apabila gagal mengawal motosikal lalu merempuh belakang sebuah lori di tempat kejadian. Jangan jadikan diri kita mangsa seterusnya.

Khamis, 4 Disember 2008

Perasaan

Semalam perjalanan aku dengan kereta, pagi semalam juga hantar isteri flight ke Alor Star ada bengkel bersama UUM, Pagi pukul 5.00 tadi juga ambil isteri dari flight. Apapun perjalanan ke tempat kerja tetap pukul 8.00 pagi. Lepas Raya Haji ini pulak terbang ke Langkawi makan angin. Banyak betul berjalan, walaupun aku setiap hari berjalan-jalan.

Semalam memang ada kejadian yang aku perlu rakamkan. Tapi kerana menaiki kereta, jadi adalah menjadi satu masalah yang besar untuk mengambil gambar. Kebakaran padang rumput atau belukar berlaku di Bukit Mahkota dan boleh nampak dari EXIT PLUS Putra Mahkota ke arah selatan. Kebakaran dianggarkan seluas 1km persegi. Mungkin cuaca panas sekarang ni. Jarang hujan pula dalam minggu ini.

Apa kaitan dengan tajuk posting di atas tu? Semalam sewaktu balik dan pergi pejabat tiada perasaan macam ini. Tapi bila pagi tadi naik motorsikal ke pejabat aku rasa sesuatu bila melalui jalan kemalangan semalam, walauapapun itulah perasaan, permainan jiwa, bukan rasa takut atau sedih tapi rasa sesuatu yang tak boleh diungkap. OKlah tidak lama lagi Aidil Adha, jadi pandu cermat di mana anda berada, jangan anda jadi korban seterusnya.

Rabu, 3 Disember 2008

Rentetan Kemalangan Ngeri Berita di Utusan

3 termasuk anggota polis, anak maut kemalangan


MENYAYAT HATI... Lans Koperal Rohana Ahmad memeluk erat anaknya, Mohamad Noramsha Danish sambil menangis meratapi kematian suami dan seorang lagi anaknya selepas mereka terbabit dalam kemalangan ngeri di Kilometer 270.9, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Seremban, semalam. Manakala anggota bomba dan penyelamat memeriksa kereta Proton Perdana V6 yang dinaiki empat sekeluarga itu yang terbabit dalam kemalangan tersebut semalam.


SEREMBAN 2 Dis. – Seorang anggota polis dan anaknya rentung setelah kereta yang mereka naiki terbakar dan meletup dalam kemalangan ngeri di Kilometer 270.9 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran kawasan Rawat dan Rehat (R&R) di sini pagi ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 6.30 pagi itu, kereta Proton Perdana V6 yang dipandu oleh mangsa, Lans Koperal Azmi Abdul Aziz, 29, terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di tengah lebuh raya sebelum ia beralih semula ke lorong kiri.

Pada masa yang sama, sebuah kereta Proton Waja dari arah yang sama merempuh kenderaan mangsa.

Kemalangan itu menyebabkan Azmi dan anaknya, Mohamad Nor Akmal Daniel, 6, serta pemandu Proton Waja itu, Samir Bhamerick, 39, mati di tempat kejadian.

Isteri Allahyarham Azmi yang juga seorang anggota polis, Lans Koperal Rohana Ahmad, 26, serta seorang lagi anak mereka, Mohamad Nor Amsha Danish, 3, mengalami kecederaan ringan.

Azmi berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam manakala isterinya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini berkata, Azmi dan keluarganya dalam perjalanan pulang ke Shah Alam setelah bercuti tiga hari di Kota Tinggi, Johor.

Menurut Khalid, kenderaan yang dipandu Azmi dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan dirempuh kereta Proton Waja itu.

‘‘Selepas kemalangan itu, orang awam yang berada di kawasan tersebut membantu mangsa sebelum pihak Bomba dan Penyelamat tiba 15 kemudian,’’ katanya.

Menurut Khalid, pihak polis Negeri Sembilan sedang menyiasat punca sebenar kemalangan dan mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat.

Katanya, Allahyarham Azmi menyertai pasukan polis sejak 10 tahun lalu dan kini berkhidmat di Unit Kereta Peronda IPD Shah Alam.

Sementara itu, Rohana yang kelihatan masih terkejut dan bersedih dengan peristiwa tersebut, hanya mendiamkan diri sambil meratapi jenazah suaminya selepas disembahyangkan di surau IPK negeri di sini.

Jenazah kedua-dua beranak itu kemudiannya dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Emas, Kota Tinggi, Johor selepas solat Maghrib, malam ini.



Sumber : UTUSAN

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Selasa, 2 Disember 2008

Kemalangan Ngeri

Anggota bomba sedang mengambil cebisan mayat mangsa di dalam kenderaan


Mayat siapakah ini? dua mangsa dalam satu plastik yang sama.

Sisa-sisa peninggalan, sedih dan saydu melihatnya.

Beg yang pemiliknya sudah tiada.

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan

Beginilah kereta perdana V6.

Seremban, pagi ini menyaksikan satu kemalangan maut yang agak mengerikan, apabila dua buah kenderaan terbabit dengan kemalangan tersebut, dua orang maut dalam nahas tersebut, manakala dua lagi cedera parah dan di hantar ke hospital seremban.

Pagi tadi perjalanan aku bermula jam 7.30 pagi menuju ke lebuh raya PLUS kearah utara. Setiba di kilometer 265, satu kesesakan yang agak teruk berlaku. Dalam hati memang menyangka di depan sana pastinya ada kemalangan. Sebuah ambulan dan kereta pengawai penyiasat jabatan kesihatan dan sebuah pajero Bomba berada didalam kesesakan untuk ke tempat kejadian, seperti biasa yang amat menyakitkan hati bila laluan kecemasan yang sepatutnya kosong, di gunakan oleh kenderaan yang ingin cepat dan tidak bertimbang rasa. Memang selalu berlaku. Akibatnya menyukarkan pihak bomba dan ambulan untuk sampai ke tempat kejadian, yang menjadi mangsa adalah mangsa keadaan tersebut, kadangkala pihak berkuasa di salahkan.

Akhirnya aku tiba di tempat kemalangan di kilometer 270 berdekatan R&R seremban, pihak bomba dan polis sudah tiba seawal mungkin, kemalangan berlaku kira-kira pukul 7.00 pagi tadi, apabila tiba orang ramai memang ramai yang ada di situ, wartawan dan jurugambar dari akhbar pun sudah ada, mungkin nak pergi kerja tapi berita dah ada. Aku melihat kaku sebuah kenderaan yang memang tidak nampak lagi rupa kenderaan. Daripada saksi kemalangan menyatakan, kemalangan berpunca apabila kenderaan perdana V6 ini hilang kawalan dan melanggar penghalang di tengah lebuhraya dan terbabas ketepi bahu jalan, tetapi dilanggar oleh sebuah proton waja, saksi sempat untuk menyelamatkan dua mangsa tetapi dua mangsa yang terhimpit di hadapan tidak dapat diselamatkan, badan pemandu pula telah terputus dua. Akibat kemalangan tersebut kereta perdana telah terbakar dan harapan untuk di selamatkan tiada. Tetapi kereta waja yang diceritakan sudah tiada di tempat kejadian.

Daripada penelitian aku, mereka mungkin baru pulang dari bercuti di waktu sekolah ini, dengan melihat sisa-sisa daripada kemalangan tersebut. Apapun aku terlupa nak tanya, sama ada mangsa adakah islam atau tidak, bolehlah aku sedekah Al-fatihah jikalau islam. Jadi apa yang penting kemalangan menginsafkan kita pada dekatnya mati, dan hendaklah berhati-hati di jalan raya.

Isnin, 1 Disember 2008

LEKAS


Sepanjang Perjalanan LEKAS
Jalan Masuk LEKAS

Peta LEKAS

Perjalanan memang memenatkan. Semalam merupakan hari berjalan bagi aku. Berjalan menaiki motorsikal. Satu malam aku menidurkan diri ku di rumah kawan. selepas habis kursus pukul sepuluh dengan rela hati aku ke rumah kawan aku di kajang, bekas teman rumah lama, masih bujang pensyarah UKM. Lebih setahun dulu aku tinggal dikajang. Malam itu aku menggunakan lebuhraya PLUS dari Putra Mahkota ke Kajang, walaupun jalan dalam ada, tapi keadaan tidak mengizinkan aku menggunakannya. Jaraknya lebih dekat berbanding lebuhraya. Sebab dah tengah malam, jadi terpaksa la. Setengah jam untuk sampai ke sana. Lebih kurang pukul 12.30 malam baru sampai.

Hari ahad banyak dihabiskan dengan membeli belah ke Damansara dan Jalan Ampang. Hanya tengok-tengok sahaja, tak ada yang berkenan. Petang, dalam pukul 6 petang aku bertolak dari kajang ke seremban. Tapi apa yang membezakan perjalanan kali ini dengan perjalanan harian aku dari bangi ke seremban aku mencuba lebuhraya baru iaitu LEKAS(lebuhraya kajang seremban). Lebuhraya ini baru dibuka untuk semua kenderaan. Lebuhraya ini masih lagi dalam pembinaan sehingga ke Kuala Pilah.

Semalam perjalanan aku terhenti hingga ke Pajam sahaja, perjalanan ke mantin belum dibuka tapi sudah siap 70%, manakala ke seremban dan ke kuala pilah masih lagi dibina. Jadi terpaksa la ke Nilai dan menggunakan lebuhraya PLUS kembali untuk ke seremban. Lepas ini ke Kuala Pilah tidak perlu lagi pening kepala berpusing-pusing menaiki Bukit Putus apabila siap lebuhraya ini kelak.

Sabtu, 29 November 2008

Perjalanan Sabtu


Kesan dari kemalangan. Lampu jalan jadi mangsa

Hari ini adalah hari cuti, tapi aku ada kursus kena pergi, kena bagi ceramah sikit. Perjalanan bermula pukul 3 petang. Dah lambat sebab aku tertidur pukul 12.00 sampai ke pukul 2.30. Kereta tak ada sebab isteri bawa ke pahang. So aku keseorangan. Malam tadi lenjan malam sampai pukul 4.oo pagi baru balik. Ikut serta pasukan polis buat sekatan jalanraya di Senawang selepas exit Senawang. Memang berbaloi banyak muka-muka melayu yang ditahan.

Semasa perjalanan ke Bangi dalam pukul 3.00 petang, satu kemalangan membabitkan kereta pacuan empat roda. Tidak sempat berhenti sebab nak cepat. Kemalangan berlaku arah selatan di kilometer 201 (x berapa ingat) tapi sesaknya jalan sampai ke bangi. Keadaan mangsa tidak diketahui tapi tengok teruk juga kereta pacuan empat roda tersebut terperusuk di bahu jalan. Mudah-mudahan selamat.

Rabu, 26 November 2008

Kehujanan





Bila memandu apa yang paling di takuti, bagi aku hujan yang sangat lebat dan juga panas yang sangat terik. Kedua-duanya aku dah laluinya. Memang memeritkan. Cuma bila hujan terlalu lebat dengan petir sambar menyambar, angin deras sederasnya, memang menjadi ujian dalam pemanduan di lebuhraya. Bila hujan terlalu lebat kebanyakkan kereta akan menggunakan lampu kecemasan. Bagi aku ia amat berbahaya, kerana aku tak tahu sama ada kereta itu bergerak atau berhenti. Tapi yang penting berhati-hati. Motorsikal pula bila hujan terlalu lebat, aku lebih suka menghidupkan signal bagi menandakan orang belakang pun perlu berhati-hati. Pada keadaan begini biasanya semua kenderaan akan berhati-hati dan cuba menjaga jarak mereka. Kalau lihat gambar diatas memang keadaan hujan amat lebat. Biasanya aku redah jer hujan lebat mana pun. Tapi pada keadaan diatas aku tak boleh redah kerana hujan terlalu lebat. Jadi aku duduk la dengan mat-mat motor yang lain. Bagi aku itu lebih selamat. Apapun keadaan, cuaca yang bagaimanapun yang penting keselamatan perlu diutamakan.